you know you read us
RAM & Virtual Memory
Apa itu RAM
RAM atau nama penuhnya Memori Capaian Rawak (Random Access Memory) adalah salah sebuah komponen dalam unit system (system unit) computer. Secara asasnya, RAM digunakan untuk menyimpan data-data yang diperlukan sewaktu program computer sedang berjalan (running) dan data tersebut akan terpadam dengan sendirinya apabila computer tersebut ditutup (volatile storage).
Multitasking
Multitasking ialah keadaan di mana komputer melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa. Sesebuah komputer dikatakan berkeupayaan untuk multitasking apabila ia boleh menjalankan pelbagai aplikasi pada satu-satu masa seperti menyalin cakera audio ke dalam komputer dan juga menukar format video pada satu-satu masa. Multitasking dalam computer amat bergantung kepada kapasiti dan kelajuan RAM.
Keperluan menggunakan RAM
RAM ialah salah satu komponen mandatori dalam sesebuah sistem komputer. Oleh itu, sedikit atau banyak, RAM tetap diperlukan untuk membolehkan sesebuah komputer berfungsi.
Apabila RAM digunakan sepenuhnya
Apabila kapasiti RAM sudah penuh, komputer akan bertindak memasukkan data yang sepatutnya dimasukkan ke dalam RAM ke cakera keras/HDD (hard disk) ruang dalam HDD ini dipanggil virtual memory. Ia akan bertindak seolah-olah RAM.
Virtual memory vs RAM
Pengendalian data menggunakan virtual memory amat perlahan berbanding RAM. Bayangkan, data transfer rate RAM ialah 5~8 GB/sec, manakala virtual memory pula antara 50~60MB/sec.
RAM juga lebih efisien daripada HDD kerana RAM hanya memerlukan sedikit sahaja kuasa elektrik untuknya beroperasi. HDD pula mempunyai komponen fizikal bergerak yang semestinya memerlukan lebih kuasa.
Kapasiti RAM yang sesuai
Windows XP 32 bit: Sekurang-kurangnya 1 GB
Windows XP 64 bit: Sekurang-kurangnya 2 GB
Windows Vista 32 bit: 2 GB ke atas
Windows Vista 64 bit: 3 GB ke atas
Windows 7 32 bit: 2 GB ke atas
Windows 7 64 bit: 4 GB ke atas
*tidak semestinya sama seperti garis panduan Microsoft. Hanya berdasarkan pengalaman saya dan beberapa pengguna PC yang lain.
Mematikan fungsi virtual memory
Windows XP
Untuk Windows XP, jumlah minima RAM yang diperlukan ialah 2 GB sekiranya anda ingin mematikan fungsi virtual memory.
Menurut pengalaman saya dan juga beberapa penyelidikan ringkas bersumberkan internet, adalah tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin mematikan fungsi virtual memory. Sesetengah website menyatakan anda mungkin mengalami beberapa masalah sekiranya mematikan fungsi virtual memory, namun sepanjang pengalaman saya dan sebahagian besar pengguna internet yang lain, masalah tidak akan timbul sekiranya anda mematikannya.
Cara mematikan fungsi virtual memory:
Go to:
System properties > Advanced > Performance > Settings > Advanced > Virtual Memory > Change > Select no paging file.
Windows Vista dan Windows 7
- Anda tidak dinasihatkan untuk mematikan fungsi virtual memory. Sebaliknya, jika anda ingin menambahkan keupayaan system anda, anda bolehlah menggunakan Windows Readyboost melalui pendrive ataupun kad memori.
Author’s Note
I took this article from my former blog.
Revisions
- Some minor edits
- Major rewrite
Sources
- Experience
- Internet research
| Print article | This entry was posted by fauzan on November 3, 2009 at 2:52 AM, and is filed under Guide, Storage. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No comments yet.
No trackbacks yet.
Penjagaan Komputer (Bahagian 2)
about 10 months ago - No comments
Kali ini, kita akan membincangkan mengenai update. Dalam komputer kita, terdapat banyak software dan drivers. Semua ini dicipta oleh manusia biasa, dan tidak terlepas daripada kelemahan. Untuk itu, developer software seringkali mencari loopholes yang terdapat dalam software mereka dan berusaha untuk memperbaikinya secepat mungkin. Jika berjaya, mereka akan release satu bentuk patch. Patch ini mudah
Maxtor 2.5 OneTouch 4 Mini Dissected
about 10 months ago - No comments
That is my external hard disk. One day, it stopped functioning. I was suspecting that the casing (enclosure chip) broke down. So if I chage the enclosure, probably I can get it back to work. And I made the right decision. Now I’m using that hard disk with an enclosure from Cooler Master.
Imation Nano Pendrive Owner Experience
about 11 months ago - No comments
Pada masa ini, kita dapat lihat pelbagai jenis dan bentuk pendrive yang dijual di pasaran. Ada yang kecil, ada yang besar, yang comel, dan lain-lain lagi. Dalam proses membeli pendrive, kita perlu juga menilai ciri-ciri fizikal yang terdapat pada sesebuah pendrive. Bagi saya, pendrive tersebut mestilah agak kukuh dan tidak mudah patah. Selain itu, untuk
3.5 Ext HDD – 500GB BUFFALO HS500U2 Review
about 11 months ago - No comments
In the advent of Web 2.0 ERA, the number of user-generated contents online has increased tremendously. However, for some folks, the need of ‘offline’ storage space is still significant. Furthermore, the price of storage devices has gone down rapidly in these days. Now (as on 01/09/2008), the price of 3.5 inch, 500GB internal SATA hard