you know you read us
Posts tagged computer
Maxtor 2.5 OneTouch 4 Mini Dissected
Oct 13th
That is my external hard disk. One day, it stopped functioning. I was suspecting that the casing (enclosure chip) broke down. So if I chage the enclosure, probably I can get it back to work.
And I made the right decision. Now I’m using that hard disk with an enclosure from Cooler Master.
Imation Nano Pendrive Owner Experience
Sep 26th
Pada masa ini, kita dapat lihat pelbagai jenis dan bentuk pendrive yang dijual di pasaran. Ada yang kecil, ada yang besar, yang comel, dan lain-lain lagi. Dalam proses membeli pendrive, kita perlu juga menilai ciri-ciri fizikal yang terdapat pada sesebuah pendrive.
Bagi saya, pendrive tersebut mestilah agak kukuh dan tidak mudah patah. Selain itu, untuk memasukkannya ke dalam port USB di computer, saya tidak suka sekiranya pendrive tersebut ‘menelan’ ruang untuk USB device yang lain. Antara pendrive yang didapati ‘menelan’ ruang USB di sebelahnya iala Kingston DataTraveler 1 dan SanDisk Cruzer Micro.
Walau bagaimanapun, Imation telah mengambil langkah bijak iaitu memperkenalkan pendrive Imation Nano. Nano tidak terlalu besar sehigga mengganggu ruang USB port di sebelahnya.
Fizikal
Saiz pendrive ini tidak terlalu besar dan memang muat-muat sahaja untuk sebuah USB port. Pengguna laptop pasti akan suka dengan saiznya.
Prestasi
Saya ada menjalankan ujian ‘file transfer’ terhadap Nano. Hasilnya:
- Baca (read): 12MB/s
- Tulis (write): 6MB/s
Fungsi
Imation telah menyediakan perisian Imation Lock dalam pendrive ini. Imation Lock berfungsi untuk memisahkan pendrive tersebut kepada dua partition, di mana satu daripadanya dipanggil ‘Public Partition’ dalm satu lagi dipanggil ‘Private Partition’. ‘Private Partition boleh dilindungi dengan password. Nano juga tidak mempunyai penutup (cap) berasingan kerana ia dicantumkan bersama swivel cap yang memang susah nak hilang.
Pengguna Windows Vista juga pasti akan menyukai pendrive ini kerana ia turut mengandungi feature ReadyBoost. ReadyBoost ialah satu feature dalam Windows Vista untuk meningkatkan prestasinya dengan cara memasukkan fail ‘Virtual Memory’ ke dalam pendrive, bukannya ke dalam HDD seperti mana yang biasa dilakukan OS sebelumnya seperti Windows Me, 200 dan juga XP.
Sokongan:
Nano didatangkan dengan 5 tahun waranti. Pada hemat saya, waranti selama 5 tahun suah memadai untuk pendrive ini.